Penjagaan khusus kolostomi

Foto

Apakah itu kolostomi?

Kolostomi ialah sejenis pembedahan ke atas usus besar supaya najis boleh keluar melalui kulit bahagian abdomen.

Kenapa pesakit perlu kolostomi?

BAHAGIAN kolostomi yang terdedah ditutup dengan beg kolostomi.

Apabila usus besar disumbat oleh kanser atau usus besar bocor disebabkan kecederaan atau penyakit usus.

Adakah kolostomi bahaya?

Pembedahan kolostomi tidak bahaya, ia dilakukan untuk rawatan kecemasan atau penyakit usus besar. Biasanya, lebih bahaya kalau penyakit usus tidak dirawat dengan cepat atau tanpa kolostomi.

Bagaimana kolostomi dibuat ketika pembedahan?

Ia boleh dilakukan ketika bius tempatan atau bius sepenuh di dewan pembedahan.

Siapa boleh melakukan kolostomi?

Pakar bedah am atau pakar bedah usus boleh menjalani pembedahan kolostomi.

Di hospital manakah kolostomi dibuat?

Di hospital yang ada pakar bedah am atau pakar bedah usus.

Selepas kolostomi dilakukan, siapa akan menjaganya?

Biasanya keluarga dan pesakit diajar mengenai penjagaan kolostomi kerana ia akan dijaga oleh pesakit di rumah apabila keluar dari hospital.

Adakah mahal untuk penjagaan kolostomi?

Tidak mahal kerana beg kolostomi boleh dicuci dan dipakai semula.

Adakah saiz potongan tapak kolostomi penting?

Saiz tapak kolostomi penting kerana jika bukaan terlalu besar, najis air boleh kena kulit di sekeliling kolostomi dan menjadi merah.

Jika kulit sekeliling kolostomi menjadi merah, apa harus dilakukan?

Krim ubat atau bedak ubat boleh sapu di bahagian kulit yang menjadi merah.

Adakah bau busuk najis boleh diatasi?

Pilih kolostomi beg yang ada karbon boleh meresap bau najis.

Apakah makanan sesuai untuk pesakit kolostomi?

Makanan biasa sudah cukup untuk pesakit kolostomi. Kekurangan air membuatkan najis akan menjadi keras. Air sebanyak 1.5 hingga dua liter sehari biasanya cukup.

Bolehkah kolostomi dimasukkan semula?

Pembedahan untuk memasukkan kembali kolostomi dan menyambung balik usus besar bergantung kepada punca penyakit pesakit. Bukan semua kes kolostomi pesakit boleh dimasukkan semula.

Bolehkah kolostomi dipakai seumur hidup?

Kolostomi tidak ada jangka hayat yang tertentu. Kalau perlu pakai seumur hidup pun tiada masalah.

Apakah masalah kolostomi yang biasa dihadapi pesakit?

Kulit atau keras najis dalam beg berwarna merah. Jarang berlaku, tetapi kalau otot sekeliling kolostomi menjadi longgar dan menonjol keluar, keadaan ini memerlukan pembedahan.

Artikel berkaitan KH Kopi

Ada soalan? Tinggalkan komen di bawah.