Punca bonjolan di leher

Apakah bonjolan di leher?

Ada banyak sebab bonjolan di leher. Antara sebab ialah kelenjar di limfa bengkak atau kelenjar tiroid bengkak.

Apakah yang harus anda beri perhatian jika terdapat bonjolan di leher?

Sama ada bengkak baru atau lama, demam atau tidak atau sakit atau tidak.

Sekiranya bonjolan baru terjadi, apakah sebabnya?

Ini mungkin disebabkan jangkitan daripada tekak, telinga, kulit rambut kepala, tetapi bonjolan yang agak lama dan bertambah besar perlu ujian penyakit tibi dan kanser.

Kalau bonjolan menyebabkan demam, apakah sebabnya?

Mungkin jangkitan bakteria, tibi atau bernanah.

Kalau bonjolan menyebabkan sakit, apa sebabnya?

Kalau bonjolan menjadi besar dan berkembang cepat seperti bonjolan bernanah ia akan menyebabkan kesakitan. Penyakit kanser biasanya tidak berasa sakit kecuali sampai tahap yang amat besar bonjolannya.

Mengapakah penting untuk berjumpa doktor sekiranya ada bonjolan di leher?

Bonjolan kelenjar limfa boleh disebabkan oleh penyakit tibi and kanser. Rawatan awal sangat penting untuk penyakit seperti tibi dan kanser.

Apakah pemeriksaan di klinik yang akan dilakukan oleh doktor?

Pemeriksaan fizikal pada bahagian kepala, telinga, mulut, hidung dan leher. Kadangkala payudara dan paru-paru juga diperiksa.

Apakah ujian yang akan dibuat oleh doktor?

Ujian sinaran X paru-paru (untuk tibi), ujian darah (jangkitan) and ultrasound terhadap bahagian bonjolan (bernanah atau tidak).

Bagaimana doktor mendapatkan tisu untuk mengenal pasti bonjolan itu?

Doktor menggunakan jarum kecil untuk menyedut sedikit sel daripada bonjolan untuk dihantar ke makmal untuk pemeriksaan jenis jangkitan dan kanser. Cara ini ialah FNAC (Fine needle aspiration cytology).

Apakah yang perlu dijalankan kalau FNAC tidak cukup dan tidak boleh mengenal pasti penyakit?

Ada jenis-jenis kanser yang memerlukan sel yang agak banyak untuk langkah mengenal pasti dan FNAC mungkin tidak cukup. Oleh itu, pembedahan pada bonjolan akan dilakukan.

Perlukah pesakit dimasukkan ke hospital untuk pembedahan kelenjar limfa yang bengkak?

Biasanya, bagi pembedahan kelenjar limfa, pesakit tidak perlu dimasukkan ke hospital. Ia boleh dijalankan secara pembedahan kecil dengan bius setempat.

Jika bonjolan disebabkan penyakit tiroid dan perlu pembedahan, perlukah pesakit dimasukkan ke wad?

Pesakit yang menjalani pembedahan tiroid perlu dimasukkan ke wad kerana ia bukan pembedahan kecil.

Adakah kanser akan merebak sekiranya pembedahan dilakukan terhadap bonjolan?

Pembedahan tidak menyebabkan kanser merebak. Ini kerana kanser sendiri yang merebak ke kelenjar limfa. Sekiranya kelenjar limfa terdapat kanser, ini menandakan penyakit sudah merebak sebelum pembedahan dilakukan. Pesakit perlukan rawatan bagi memusnahkan kanser yang merebak.

Artikel berkaitan KH Kopi

Ada soalan? Tinggalkan komen di bawah.