Tag Archives: batu karang

Elak risiko batu karang

Foto

Oleh Norainon Othman

Menikmati makanan enak menjadi budaya dalam masyarakat kita. Perkara yang sering bermain di fikiran ialah apakah hidangan lazat yang ingin kita nikmati hari ini, bukan apakah makanan sihat yang harus diambil untuk mengekalkan kesihatan tubuh.

Ramai orang kita yang sakit bukan disebabkan tidak cukup makan, sebaliknya kerana terlebih makan. Tahap kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat masih kurang.

Jika ada kesedaran sekalipun, kadangkala ia diketepikan demi memenuhi tuntutan nafsu makan biarpun tahu makanan berkenaan boleh memudaratkan.

Pakar Perunding Urologi, Dr Warren Lo Hwa Loon berkata, tanpa disedari, makanan yang kita makan kerana keenakannya atau diambil kerana inginkan khasiatnya sebenarnya boleh mengundang penyakit jika diambil secara berlebihan.

BATU karang yang ditemui dalam buah pinggang pesakit.

Menurutnya, banyak makanan boleh menjadi punca batu karang iaitu struktur keras menyerupai kristal yang terbentuk daripada bahan mineral. Ia boleh terbentuk di bahagian antara ginjal hingga ke saluran kencing.

Buah pinggang berperanan sebagai alat penapisan bahan toksik. Mineral dan garam asid dalam air kencing boleh termendap di dalam organ berkenaan.

Apabila tubuh seseorang kekurangan air, bahan ini boleh membentuk kristal dan seterusnya menjadi batu karang.

Biasanya, batu karang terbentuk di ginjal, tetapi kadangkala ia boleh beralih atau jatuh dan tersangkut di dalam saluran buah pinggang (ureter) dan ini akan menyebabkan buah pinggang tersumbat dan rosak, katanya.

Menurutnya, batu karang juga adalah unsur kuman yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor serta pendarahan dalam kencing.

Biasanya seseorang rasa sakit disebabkan:
Batu karang besar yang menyumbatkan buah pinggang

Buah pinggang tersumbat disebabkan batu yang tersangkut di saluran buah pinggang

Kencing kotor yang bertukar menjadi nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang yang tersumbat.

Jenis batu karang

  • kalsium
  • asid urik
  • struvite (batu magnesium ammonium fosfat)
  • cystine

Batu karang yang boleh dikesan sinaran X ialah batu kalsium fosfat, batu kalsium oxalate dan batu struvite. Ada batu karang yang tidak dapat dikesan dengan sinaran X tetapi biasanya dapat dikesan dengan ultrasound atau CT scan, misalnya batu asid urik dan batu cystine.

Batu yang membesar dalam ginjal mungkin mengambil masa lama untuk terbentuk, dari beberapa tahun hingga berpuluh-puluh tahun.

Kadar pembentukan batu tidak sama, ada individu mendapat batu karang yang saiznya masih sama biarpun selepas 10 tahun, katanya.

Satu daripada 20 orang dijangka menghidap penyakit batu karang. Lelaki lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding wanita dengan nisbah 3:1. Ini disebabkan hormon lelaki boleh meningkatkan bahan mineral yang membentuk batu.

Kejadian batu karang kerap terjadi pada individu berusia antara 20 hingga 50 tahun dan penyakit ini biasanya berulang. Ia kerap berlaku kepada orang putih dan Asia kerana genetik dan jarang berlaku dalam kalangan orang Afrika.

Faktor risiko

  • 25% daripada pesakit mempunyai sejarah keluarga yang juga menghidap penyakit batu karang
  • kerap berlaku di negara bercuaca panas
  • gaya hidup yang kurang aktif
  • dehidrasi (minum air kurang 1,200 mililiter sehari)
  • pemakanan tinggi protein haiwan, tinggi sodium/garam, dos vitamin C dan D yang tinggi
  • jangkitan kuman saluran kencing yang berulang. Bakteria yang menghasilkan urease (enzim yang memangkinkan hidrolisis urea kepada amonia dan karbon diaoksida) membuatkan seseorang cenderung kepada pembentukan batu karang
  • Ketidakseimbangan tahap kalsium dalam badan boleh menyebabkan pembentukan batu. Selain itu, lebihan asid urik pada tahap tinggi boleh menyebabkan batu karang.
  • Pembentukan batu karang boleh dicegah dengan banyakkan minum air serta kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Gejala

  • kencing berdarah
  • sakit belakang/kawasan pundi kencing
  • wujud butiran pasir di dalam air kencing
  • jangkitan saluran kencing (batu karang ialah punca jangkitan)
  • demam dan badan menggigil
  • kencing kotor

Rawatan

Jika wujud gejala batu karang, segera berjumpa doktor. Doktor akan menjalankan ujian darah dan air kencing, sinaran X, ultrasound dan CT scan.

Pesakit yang mempunyai batu karang kecil digalakkan supaya meminum banyak air. Ubat tahan sakit juga akan diberi sekiranya pesakit mengalami kesakitan.

Doktor juga mungkin memberi ubat yang membantu merapuh dan meleburkan batu karang yang akhirnya akan keluar melalui air kencing.

Ada juga ubat membantu mengeluarkan batu karang dalam saluran buah pinggang dengan lebih cepat. Ubat sebegini melonggarkan saluran ureter dan menyebabkan batu karang jatuh ke pundi kencing, seterusnya keluar bersama air kencing.

Kaedah memecahkan batu karang di buah pinggang, saluran buah pinggang dan pundi kencing:

1) Extracorporeal Kejutan Gelombang Lithotripsy (ESWL) kaedah pemecahan batu karang terbentuk dalam buah pinggang dan saluran buah pinggang tanpa membabitkan pembedahan membabitkan tembakan gelombang yang menghancurkan batu karang kaedah ini memakan masa kira-kira satu jam dan batu karang yang hancur keluar menerusi air kencing sesuai untuk batu karang kecil yang boleh dikesan sinaran X pesakit tidak perlu dibius seluruh atau separuh badan rawatan pesakit luar

2) Nefrolitotomi Perkutaneus (PCNL) pembedahan untuk membuang batu karang besar di buah pinggang tebukan menembusi buah pinggang dan batu karang akan dipecahkan menggunakan tenaga ultrasound

3) Litotripsi Ureteroskopi (URS) pembedahan untuk membuang batu karang di saluran buah pinggang kaedah ini menggunakan skop yang dimasukkan melalui saluran kencing dan naik ke saluran buah pinggang batu karang tersangkut di saluran buah pinggang akan dipecahkan menggunakan cara pneumatik atau laser melalui skop

4) Vesikolitotripsi ini pembedahan untuk memecahkan batu di pundi kencing kaedah ini membabitkan skop yang membawa punca tenaga yang boleh memecahkan batu

Pencegahan/panduan banyakkan minum air kurangkan makanan yang boleh menyebabkan pembentukan batu karang elakkan mengambil vitamin C melebihi empat gram (g) sehari kerana ia membawa risiko pembentukan batu karang protein haiwan tidak patut dimakan secara berlebihan kerana protein ini banyak menyebabkan kejadian batu karang. Jumlah maksimum protein haiwan yang disyorkan untuk pemakanan kira-kira 150g/sehari