Tag Archives: diabetes

Duduk Terlalu Lama Punca Kudis Tekanan

Pengenalan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

Faktor risiko:

  • Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit Parkinson
  • Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
  • Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Kurang zat makanan dan dehidrasi

Tanda & Simptom

  • Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang
  • Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bahagian bawah belakang), kaki(lutut, tumit, jari kaki) dan tulang belikat di bahu

Komplikasi

Fizikal

  • Jangkitan
  • Kesakitan

Psikologi

  • Kemurungan dan keresahan

Sosial

  • Pengasingan
  • Tekanan pada penjaga
  • Masalah kewangan

Rawatan

  • Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna
  • Merawat jangkitan kuman
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    1. Kerap mengalihkan posisi pesakit
    2. Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
    3. Memastikan kawalan kesakitan yang mencukupi
    4. Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)

Pencegahan

Bagi mereka yang mengalami risiko yang tinggi :

  • Elakkan tekanan yang berpanjangan pada bahagian badan yang berisiko.
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    1. kerap mengalihkan posisi pesakit
    2. penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
    3. Kulit perlu selalu diperiksa dan pastikan sentiasa bersih dan kering
    4. Memastikan pengambilan cecair dan pemakanan yang mencukupi

Rehabilitasi

Nasihat dari kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih carakerja boleh membantu dari segi teknik mengangkat dan mengalih, posisi badan dan alat bantuan.

Penyakit Lemah Jantung

Pengenalan

Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Sebab-sebab lemah jantung:

  • Penyakit jantung koronari
  • Tekanan darah tinggi
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid

Simptom

  • Letih
  • Sesak nafas
  • Aktiviti fizikal yang terhad
  • Bengkak Kaki

Komplikasi

  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit

Rawatan

Bukan farmakologi (bukan secara ubat-ubatan)

  • Pengambilan air dan garam secara terhad
  • Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol

Farmakologi

  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Pencegahan

  • Cara Hidup Sihat:
    1. Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    2. Pemakanan sihat dan seimbang
    3. Tidak merokok
    4. Tidak minum minuman beralkohol
    5. Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa

Rehabilitasi

Program rehabilitasi yang berstruktur adalah penting untuk mencapai fungsi yang optima dan hidup yang berkualiti. Program rehabilitasi adalah sangat penting tetapi mestilah diawasi oleh doktor dan jurulatih anda.