Tag Archives: kh kopi bahaya

Bahaya clostridium botulinum

Foto

Clostridium botulinum adalah sejenis bakteria dalam kumpulan gram-positif. Ia bakteria yang biasanya terdapat pada tanah yang tercemar dan gemar kepada persekitaran yang tidak mempunyai oksigen atau kadar oksigen yang rendah.

Bakteria ini sangat berbahaya kerana ia menghasilkan toksin boleh menyerang terutama saraf manusia. Satu kilogram toksin ini boleh memusnahkan seluruh populasi manusia. Akan tetapi, toksin ini juga digunakan dalam industri penghasilan botoks.

Bakteria ini boleh hidup lama dan bertahan dalam persekitaran yang berbeza. Ia boleh hidup dalam suhu terlalu panas melepasi suhu mendidih dan juga boleh kekal hidup dalam persekitaran yang sejuk.

Oleh itu, kuman ini amat sukar untuk dimatikan. Clostridium botulinum boleh menjangkiti manusia dengan pelbagai cara sama ada melalui makanan yang tercemar atau luka pada kaki terkena tanah yang mempunyai kuman itu.

AWASI susu yang anak anda minum dan pastikan ia tidak dicemari bakteria berbahaya.

Baru-baru ini, sebuah syarikat penghasilan susu tepung di New Zealand telah menarik balik produk yang dihasilkannya kerana dipercayai telah tercemar dengan clostridium botulinum.

Kuman ini dipercayai telah mencemari protein susu tepung berkenaan melalui paip yang terbabit dalam salah satu proses penyediaan susu tepung iaitu penghasilan dadih atau whey protein concentrate (WPC80). Kandungan WPC80 ini turut digunakan oleh syarikat pengedaran susu tepung di Malaysia.

Clostridium botulinum ini boleh kekal dan hidup dalam susu tepung berkenaan bagi tempoh yang lama disebabkan sifat bakteria ini yang mempunyai daya tahan yang tinggi.

Bagaimanapun ia tidak menghasilkan toksin sehinggalah mula membiak menjadi spora. Proses pembiakan ini adalah bentuk aktif bakteria yang menghasilkan toksin berbahaya.

Ia terjadi apabila bakteria itu berada dalam persekitaran kurang oksigen dan kurang berasid seperti ketika ia dibancuh dengan air dan ketika berada dalam perut bayi.

Apabila kuman ini membiak menghasilkan spora dan merembeskan toksin yang boleh menjejaskan fungsi saraf, ini dipanggil botulisme. Gangguan saraf biasanya bermula dari otak dan seterusnya membabitkan saraf pada tangan dan akhirnya saraf pada anggota bawah badan.

Simptom pada peringkat awal ialah tidak hadam seperti loya, muntah, cirit birit dan sakit perut. Seterusnya membabitkan mulut kering, penglihatan menjadi kabur, diikuti mata menjadi kuyu, percakapan menjadi tidak terkawal, susah menelan, lemah anggota tangan, kesukaran bernafas, lemah anggota kaki dan akhirnya kematian disebabkan oleh otot pernafasan yang lumpuh.

Buat masa ini, tiada lagi kes bayi yang dijangkiti kuman clostridium botulinum dilaporkan. Akan tetapi, beberapa langkah perlu diambil untuk mengelakkan daripada jangkitan ini berlaku.

Senarai susu tepung yang menggunakan WPC80 dari New Zealand telah diuar- uarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan menerusi laman web rasminya.

Oleh itu, bagi ibu bapa yang menggunakan susu tepung berkenaan, hendaklah berhenti menggunakannya dan menukar dengan susu tepung lain yang banyak terdapat di pasaran. Jika terdapat tanda awal jangkitan, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Bahaya hidangan separuh masak punca keracunan makanan

Keracunan makanan

ANTARA tanda-tanda jangkitan Salmonella ialah demam dan cirit-birit.

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD

Beberapa minggu lalu, kita digemparkan dengan berita kematian empat individu akibat keracunan makanan disebabkan bakteria Salmonella yang terkandung dalam ayam masak merah.

Berita itu sekali gus mendapat perhatian masyarakat apabila bakteria Salmonella itu disahkan terkandung dalam ayam yang tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri.

Memetik kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat menjelaskan, ayam berkenaan tercemar dan mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Wendy Lim Wan Dee berkata, bakteria Salmonella bukan hanya terdapat pada haiwan saja malah buah-buahan, sayuran, daging, telur selain produk tenusu.

Salmonella adalah sejenis kuman yang boleh hidup dalam keadaan persekitaran dengan oksigen atau tanpa oksigen. Ia ada di seluruh dunia dan hidup dalam haiwan termasuk manusia.

Terdapat beberapa jenis bakteria Salmonella. Selain jangkitan biasa, ia juga boleh menyebabkan demam kepialu jika jenis kuman berkenaan ialah Salmonella Typhi, katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Bakteria Salmonella ditemui seorang genius Pakar Patologi Veterinar Amerika Syarikat, Daniel Elmer Salmon. Walaupun Theobald Smith adalah individu sebenar yang menemui bakteria itu jenis (Salmonella Enterica Var Choleraesuis ) pada 1885, Dr Salmon adalah pentadbir program penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan kerana itu bakteria dinamakan sempena nama beliau oleh Smith.

Mengikut panduan asas penyimpanan makanan Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan, orang ramai digalakkan menyimpan ikan atau daging mentah dalam ruang bekas ikan atau daging pada suhu dua darjah Celsius atau kurang.

Ini kerana ikan dan daging mengandungi kandungan protein dan kelembapan tinggi dan mudah dicemar bakteria. Disarankan ikan dan daging disimpan dalam bekas plastik yang kedap udara bagi mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada makanan lain.

Menurutnya, Salmonella boleh menjangkiti manusia apabila individu memakan haiwan yang tercemar dengan kuman ini. Selain itu ia juga boleh merebak kepada haiwan ke haiwan yang lain.

Lazimnya masakan yang dimasak mentah ataupun tidak dimasak sempurna menyebabkan kuman itu membiak dengan cepat seterusnya boleh mendatangkan bahaya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

Antaranya demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya dan sakit kepala. Jika pesakit mengalami keadaan lebih teruk, segera bawa berjumpa doktor, katanya.

Dr Wendy turut memberitahu, keadaan akan lebih teruk jika bakteria itu sudah merebak ke bahagian organ dalaman seperti hati, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain.

Komplikasi biasanya berlaku apabila terlalu banyak rembesan toksin dikeluarkan di dalam usus. Toksin ini menyerap ke dalam saluran darah dan dibawa ke anggota badan seterusnya merosakkan organ berkenaan, katanya.

Selain itu, kuman yang berada dalam darah akan menyebabkan berlakunya sepsis seterusnya mengakibatkan tekanan darah terlalu rendah dan menyebabkan berlaku kematian.

Bakteria ini mengambil masa enam hingga 72 jam untuk memasuki sistem penghadaman manusia. Biasanya bermula dengan muntah, cirit-birit, sakit perut dan ada kala demam panas.

Bagi mengelakkan kejadian ini orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam memilih produk makanan selain menjaga kebersihan. Elakkan memakan makanan yang mentah.

Jika makanan yang dihidangkan kelihatan kurang masak, rasanya masam atau berlainan, buang makanan itu kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella. Pesakit yang menghidap cirit-birit, hendaklah selalu membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri supaya tidak menjangkiti individu lain, katanya.

Jelasnya lagi, semua individu berisiko dijangkiti Salmonella. Semakin berumur seseorang itu semakin tinggi risiko dijangkiti bakteria ini disebabkan sistem imunisasi yang rendah.

Individu pada usia ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Selain warga tua, kanak-kanak juga antara yang berisiko disebabkan sistem ketahanan mereka juga rendah.

Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka terhadap makanan atau barang mentah yang dibeli bagi mengelak gejala Salmonella. Paling utama, aspek kebersihan yang perlu dititikberatkan, katanya.

Keracunan makanan oleh bakteria Salmonella

  • Agen penyebab
  • Usus manusia dan haiwan (terutama usus ayam).
  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat).
  • Haiwan liar.

Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Daging unggas dan yang berasaskan unggas.
  • Telur dan hasil telur.
  • Susu dan hasil tenusu
  • Hasil tenusu (keju, krim, kastard).

Cara merebak

  • Makanan tercemar sama ada sewaktu penyimpanan atau ketika penyediaan.
  • Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut).

Tanda-tanda

  • Demam.
  • Cirit-birit.
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Loya.
  • Sakit kepala.

Tempoh jangkitan

  • Antara enam jam ke 72 jam (biasa 12 – 36 jam).

Cara pencegahan

  • Masak daging, unggas dan telur dengan sempurna.
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak.
  • Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak.
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas berbeza.

Laparoskopi rawat sista

Foto

Oleh NORAINON OTHMAN

Pembedahan laparoskopi atau juga disebut pembedahan lubang kunci ialah pemeriksaan melalui parutan kecil pada dinding abdomen.

Sekurang-kurangnya satu lubang tebukan dilakukan bergantung keadaan dan tebukan biasanya dilakukan di pusat bagi memasukkan kamera. Tebukan juga boleh dilakukan di bahagian iliak (pinggang) atau lumbar (bersebelahan ari-ari). Ia dilakukan sebagai alternatif kepada pembedahan melalui parutan yang besar.

Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Tropicana, Dr Arifah Mohd Amin berkata kebanyakan pembedahan dilakukan bagi masalah pembengkakan kilang ovari (cyst’ atau sista) atau pada rahim.

Kehadiran sista di ovari setiap bulan adalah normal, namun ada juga yang boleh membawa gejala bahaya. Terdapat dua kategori sista iaitu tidak bahaya (benign) dan kanser (malignant). Gejala dialami bergantung kepada jenis sista terbabit.

KAEDAH laparoskopi membantu pesakit cepat sembuh.

Antara gejala yang memerlukan pembedahan segera adalah kesakitan yang akut (acute pain) yang boleh juga disusuli dengan loya atau muntah dan pitam.

Ada ketika seseorang merasai dirinya gemuk kerana pakaian biasa dipakai semakin ketat, atau berasa senak di bahagian perut. Sista sebegini boleh membesar dan mengambil masa untuk tumbuh sebesar kandungan wanita yang hamil, katanya.

Sista yang hadir setiap bulan sekitar haid digelar functional cyst. Jenis ini tidak membawa sebarang gejala atau tanda. Ia tidak bahaya dan akan hilang dengan sendiri.

Endometriosis atau polycystic ovaries adalah di antara sista yang juga tidak bahaya tetapi selalunya berkaitan dengan masalah kepayahan untuk hamil akibat ketidaksuburan. Endometriosis boleh hadir dalam bentuk tumbuhan kecil (spots) atau sista. Sekiranya pembedahan dilakukan kepada endometriotic cyst, kandungannya adalah kumpulan darah lama.

Sejenis lagi sista yang biasa berlaku kepada wanita muda adalah dermoid cyst dan kandungannya adalah kumpulan lemak, rambut, gigi atau tulang. Kebanyakan dermoid cyst tidak dapat dikesan sehinggalah saiznya agak besar dan menyebabkan sedikit ketidakselesaan, katanya.

Dr Arifah berkata, kebaikan prosedur laparoskopi melebihi pembedahan biasa kerana ia membolehkan pesakit cepat sembuh dan kembali ke aktiviti harian seperti biasa dan waktu berada di hospital selepas pembedahan juga boleh dikurangkan. Ini disebabkan parut yang kecil dan tempoh sembuh yang cepat. Jangkaan tempoh sesuatu pembedahan laparoskopi bergantung kepada prosedur yang dilakukan dan beberapa faktor lain.

Cara mengetahui kehadiran sista:

  • Ia mungkin berlak u secara kebetulan ketika pesakit melakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan.
  • Perut buncit.
  • Sakit di bahagian bawah abdomen sista yang pecah dan bocor boleh menyebabkan kesakitan. Pembedahan perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan bahagian ovari lain yang masih baik.
  • Haid tidak teratur, sakit ketika haid atau ketika melakukan hubungan kelamin.
  • Tekanan pada pundi kencing yang menyebabkan kerap kencing atau kencing tidak lawas.
  • Hilang selera makan dan berat turun dengan mendadak bersama buncit di bahagian abdomen (antara tanda kanser ovari).

Menurutnya, walaupun tidak ada cara yang pasti untuk mencegah pertumbuhan sista, pemeriksaan secara berkala tetap adalah satu cara untuk membantu memastikan perubahan dalam ovari didiagnosis seawal mungkin.

Di samping itu, seseorang itu perlu peka kepada perubahan dalam kitaran haidnya, termasuk sakit atau turutan yang tidak teratur. Berbincang dengan pakar mengenai perubahan ini supaya rawatan susulan boleh dijalankan sewajarnya.

KH Kopi penawar mujarab kencing manis

Kenali Penyakit Kencing Manis

Pankreas adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah. Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis.

Diabetis terbahagi kepada Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I dan Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

Tanda dan gejala Kencing Manis

Kencing manis dapat dikesan dengan pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti kabur penglihatan, penyakit kulit yang berterusan, luka yang lambat sembuh selain kebas kaki yang berpanjangan. Selain daripada itu, penghidap kencing manis akan sentiasa dahaga, kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak, berasa letih dan lesu, penurunan berat badan yang mendadak, dan badan gatal atau ruam.

Bolehkah KH KOPI mengubat Kencing Manis?

KH Kopi Testimoni Kencing Manis

Alhamdulillah, KH Kopi telah membantu ayahanda saya penghidap kencing manis. Kini dah beransur pulih.

Ya, jawapannya boleh! Pelbagai ubat hospital telah dicuba, banyak wang sudah dilaburkan untuk berubat di hospital kerajaan dan swasta; namun masalah tetap tidak selesai!

KH KOPI - Minuman Herba Hutan

 

Faktor-faktor risiko Diabetis

Apa yang anda perlu risau tentang penyakit kencing manis ialah mudah menyerang individu yang berlebihan berat badan, kurang bersenam, amalkan pemakanan yang tidak sihat (seperti makanan kurang serat, lebih manis dan lemak), selain daripada keturunan dan pertambahan umur.

Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah. Antaranya peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan), tidak sedarkan diri (diabetic coma) dan paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).

Sekiranya kencing manis tidak dibendung, individu yang berpenyakit akan menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:

  1. Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
  2. Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
  3. Otak-angin ahmar (strok).
  4. Buah pinggang- kegagalan buah pinggang.
  5. Jantung- serangan jantung.

KH Kopi adalah penyelesaian kepada masalah kencing manis ini. Didatangkan dalam sachet memudahkan anda mengamalkan KH KOPI dua kali sehari.

KH KOPI Minuman Herba Hutan