Tag Archives: simptom simptom kudis tekanan

Duduk Terlalu Lama Punca Kudis Tekanan

Pengenalan

Kudis tekanan adalah kawasan kulit dan/atau tisu yang tercedera. Ia disebabkan posisi duduk atau baring yang terlalu lama dan mengakibatkan pengurangan pengaliran darah ke kawasan tersebut.

Faktor risiko:

  • Pengurangan pergerakan akibat angin ahmar dan penyakit Parkinson
  • Pengurangan sensasi kulit seperti penyakit diabetes
  • Pengurangan pengaliran darah ke bahagian kaki
  • Kurang zat makanan dan dehidrasi

Tanda & Simptom

  • Ada beberapa tahap keterukan kudis. Ia boleh melibatkan kemerahan kulit sahaja sehingga kehilangan keseluruhan lapisan kulit dengan kerosakan tulang
  • Biasanya berlaku di kawasan seperti punggung (pinggul dan bahagian bawah belakang), kaki(lutut, tumit, jari kaki) dan tulang belikat di bahu

Komplikasi

Fizikal

  • Jangkitan
  • Kesakitan

Psikologi

  • Kemurungan dan keresahan

Sosial

  • Pengasingan
  • Tekanan pada penjaga
  • Masalah kewangan

Rawatan

  • Penjagaan kudis melalui pencucian yang sempurna
  • Merawat jangkitan kuman
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    1. Kerap mengalihkan posisi pesakit
    2. Penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
    3. Memastikan kawalan kesakitan yang mencukupi
    4. Memastikan pemakanan yang seimbang dan mencukupi (Protein, Vitamin C dan Zink)

Pencegahan

Bagi mereka yang mengalami risiko yang tinggi :

  • Elakkan tekanan yang berpanjangan pada bahagian badan yang berisiko.
  • Langkah mengurangkan tekanan ke atas kulit seperti:
    1. kerap mengalihkan posisi pesakit
    2. penggunaan peralatan untuk mengurangkan tekanan
    3. Kulit perlu selalu diperiksa dan pastikan sentiasa bersih dan kering
    4. Memastikan pengambilan cecair dan pemakanan yang mencukupi

Rehabilitasi

Nasihat dari kepakaran dari pelbagai bidang seperti doktor, jururawat, jurupulih anggota dan jurupulih carakerja boleh membantu dari segi teknik mengangkat dan mengalih, posisi badan dan alat bantuan.

Kenali Simptom Awal Penyakit Parkinson

Pengenalan

Penyakit Parkinson adalah satu penyakit saraf yang boleh berlaku di kalangan warga emas.

Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.

Epidemologi: Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.

Tanda & Simptom

4 Tanda dan Simptom utama:

  • Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
  • Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
  • Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
  • Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.

Simptom awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius simptom ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian. Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

Komplikasi

Fizikal:

  • Jatuh
  • Pening /Ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
  • Sembelit
  • Kesukaran penelanan (dysphagia)
  • Kesukaran pertuturan (dysarthria)
  • Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
  • Kudis tekanan
  • Turun berat badan

Psiakiatri:

  • Masalah emosi seperti:
    1. kemurungan
    2. keresahan
  • Fungsi otak terjejas seperti:
    1. Ingatan
    2. Proses pemikiran
    3. Kewarasan membuat keputusan
    4. Pertimbangan
    5. Tanggapan / persepsi
    6. Masalah tidur

Sosial:

  • Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat-ubatan

Pengendalian penyakit ini melibatkan kepakaran dari pelbagai bidang seperti:

  • Doktor
  • Jururawat
  • Jurupulih anggota
  • Jurupulih bahasa dan pertuturan
  • Pakar psikologi/psiakatri
  • Pegawai farmasi
  • Pegawai kebajikan perubatan

Ia juga melibatkan pendidikan pesakit dan keluarga, perkhidmatan kumpulan sokongan dan amalan cara hidup sihat (senaman dan pemakanan)

Rawatan Ubat-ubatan

Tiada rawatan untuk Penyakit Parkinson. Ubat-ubatan (dan pembedahan untuk kes tertentu) hanya boleh melegakan simptom.