Wanita perlu waspada

Apabila menyedari puting berdarah, apa perlu dilakukan?

Pastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Picit sekeliling puting dan lihat adakah ia berdarah lagi.

Selepas kenal pasti puting berdarah, bolehkah puting dilapik dengan kertas tisu?

Untuk mengelakkan darah terkena baju dalam, boleh lapik kertas tisu.

Apa sebab puting berdarah?

Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, barah atau kecederaan.

Perlukah saya jumpa doktor untuk masalah ini?

Kebiasaannya, doktor akan melakukan pemeriksaan bagi mengenal pasti sebab pendarahan puting.

Apakah ujian yang biasa dilakukan?

Ujian ultrasound dilakukan untuk melihat punca darah berkumpul dalam payudara sebelum keluar melalui puting, sama ada ia tanda barah yang menyebabkan pendarahan.

Adakah mamografi penting?

Mamografi juga penting untuk mengesan awal kemungkinan terdapat barah payudara.

Mengapa cecair atau darah dari puting perlu dihantar ke makmal?

Ujian sel daripada cecair penting untuk mengesan sel kanser atau sel jangkitan

Apakah rawatan yang doktor biasa berikan pada peringkat awal?

Sementara menunggu beberapa hari untuk keputusan makmal, doktor mungkin memberi ubat antibiotik sekiranya mengesyaki terdapat jangkitan bakteria terhadap puting.

Apakah yang perlu doktor lakukan jika keputusan sel menunjukkan ductal ectasia atau ductal papilloma iaitu masalah saluran susu payudara?

Doktor akan menjalankan pembedahan terhadap saluran yang terbabit supaya pendarahan berhenti.

Apakah pembedahan microdochectomy untuk puting berdarah?

Untuk pembedahan ini, wayar dimasukkan ke saluran puting yang berdarah. Mengikuti kedudukan wayar itu, pakar bedah mengeluarkan saluran payudara yang terbabit.

Apakah yang perlu doktor buat sekiranya ujian menunjukkan sel kanser dikesan?

Doktor akan menjalankan pembedahan kanser iaitu bahagian yang lebih besar dan puting pesakit juga akan dikeluarkan.

Artikel berkaitan KH Kopi

Ada soalan? Tinggalkan komen di bawah.